Wednesday, April 02, 2014

Jeju Day 1 ~ Part 2

Entry sambungan dari entry sebelum ini. Lets go!


Lepas dari Osulloc tu, kami dibawa pula ke Jusangjeolli Cliff. Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah. Laut membiru, angin sepoi sepoi dan batu batu yang terhasil dari cetusan lahar dari Mt Hallasan. Luar biasa sungguh bila dilihat.

The Jusangjeolli are stone pillars piled up along the coast and is a designated cultural monument of Jejudo Island. The Jusangjeolli was formed when the lava from Mt.Hallasan erupted into the sea of Jungmun. They are rock pillars shaped like cubes or hexagons of various sizes and almost seem as if stonemasons had carved them out


Bila nampak ombak ombak kecil terhempas ke batu batu ni nampak cantik je. Bila pergi Morib takde pulak feel macam ni. Double standard sangat kan? hehe


Ni antara gambar favorite tuan tanah. Btw, tuan tanah beli monopod tu seminggu sebelum nak pergi trip ni dengan harga RM50. Punyala takut takdak sapa nanti nak ambilkan gambar, sampai beli monopod. Sudahnya kadang kadang je guna. Agak tidak stable bila guna dengan handphone tuan tanah.


Dari Jusangjeolli Cliff, kami terus dibawa melihat Oedolgae Rock. Banyak cerita mitos pasal batu ni. Kepercayaan diorang kan. Nak sampai ke sini dari parking lot tu kena turun tangga dalam 50 anak tangga kot. Pergi seronoklah. Tang balik tu ketaq kepala lutut. Hehe.

It is an amazing rock 10 meters in circumference and 20 meters in height and is also known as the Changgun Rock. It is surrounded by beautiful islands such as Bum Island, Sae Island and Seonnyu (fairy) Rock. The sunset of Bum Island, which can be seen from Oedolgae, has long been an essential stop for tourists going to Jeju Island.


Mr Cheon pun duk sibuk la cerita tentang sejarah batu ni. Katanya batu yang tinggi ni sebenarnya berasal dari seorang isteri yang duk menunggu je suami dia pulang dari laut. Satu hari tu si suami ke laut dan tidak balik balik. Dipercayai mati dilaut. So si isteri ni tak percaya dan tetap setia menunggu suami pulang. Hah lebih kurang begitulah. Sampailah isteri tu jadi batu. Sungguhlah setia isteri tu kan? 


Nampak yang batu kecil disebelah kiri batu tinggi tu? Yang tu pula dipercayai timbul setelah batu tinggi tu timbul. Konon kononnya itu lambang suaminya yang telah mati dilaut. Giteww. Romeo & Juliet kalah wei. Juliet tak jadi batu. Dah satu taraf Si Tanggang dah ni. Hehe

Kan entry sebelum ni tuan tanah ada cakap yang kami ni asal naik taxi mesti tidur kan, Oleh kerana jam dah hampir masuk jam 7 malam, Mr Cheon cadangkan untuk kami terus pulang ke hotel sebab muka kami memang sebenarnya dah tahap tak bermaya sebab terlalu penat. Dia memang mengerti perasaan kami. Memang melonjak kegembiraan sungguh. Bayangkan kali terakhir mandi adalah dirumah di Klang. hahaha. Nasibla cuaca sejuk. Bayangkan kalau cuaca panas macam kat Malaysia ni. Ok jangan bayangkan.

Kami memilih Goodstay December Hotel untuk 1 malam di Jeju. Maaf hotel ni takde website. Kami booking dari Agoda siap siap. Memang buat keputusan duduk hotel ni semata mata dari review agoda & tripadvisor je. So far memang setuju sangat sangat dengan kebanyakan orang yang buat review. Bilik luas. Macam standard hotel hotel 3 bintang kat tempat kita. 

Maafkan tuan tanah sebab takde langsung gambar pasal hotel ni. Tapi korang boleh pergi Agoda untuk tengok gambar. Memang lebih kurang. Takla macam indah kabar dari rupa. Kami pilih Standard Double Room dengan harga krw50,000. Ada tv, ada 2 set single sofa, ada coffee table, ada refreshment dan yang paling penting ada floor heating. Ini memang wajib. Beza standard & deluxe room diorang hanyalah bath tub. Kalau standard room ada shower je. Deluxe siap ada bath tub. Ala kalau duduk takat nak tidur je, tapayah lah kan? 

Masa mula mula check in tu memang agak kelakar. Receptionist duk ajar cara guna remote tv, remote air cond, dan floor heat punya remote tu. Siap lukis lukis sebab dia takut kami tak faham agaknya. Hihi. Mula mula tu tak faham juga kenapa dia kata "this remote aircond no need to on" Dalam hati rasa "aik kan main kedekut lagi tabagi kami on aircond. Pedulik hapa. Aku nak on jugak!" Bila dah masuk bilik baru faham. Punyala sejuk lantai & dinding hotel ni. Memang tak buka aircond langsung. Tak perlu. Campak buang je. haha. Ok over. 


Nah ini makanan kami untuk malam pertama kami di South Korea. First time makan nasi yang selalu disebut sebut oleh bloggers. Sambal hitam tu Mimi bawak. First time juga tuan tanah makan. Rasa macam makan inai pun ada. Rasa pelik kat tekak tuan tanah. Tapi tu la makanan ruji kami sepanjang kat sini. Dan paling hebatnya, meggi tu. Rasa extra sedap kalau kat tempat orang kan? Cuba makan kat rumah. Rasa rugi beli. Haha.

Oklah, nanti tuan tanah sambung dengan Day 2 pula ye. Selamat bekerja semua!



Tuesday, April 01, 2014

KL - Incheon - Jeju Day 1 ~ Part 1

Tuan tanah cuba ye. Tapi tak berapa pandai macam bloggers hebat hebat yang lain tau. Kalau ada yang macam kurang info, boleh je tinggalkan comment ataupun email. Kotla tuan tanah boleh bantu. **budget dah jadi korean*** hihi


5 March 2014 bertolak dari KLIA dalam jam 11.30pm & disapa dengan cuaca -1c lebih kurang jam 6.50am (waktu Korea) pada 6 March 2014 di Incheon International Airport. Betul cakap kawan, jacket jangan bubuh dalam luggage. Nanti sementara nak tunggu luggage keluar tu dah kesejukan. Fuhhh first time tuan tanah & Mimi merasa cuaca sesejuk ini. Masa imigiresen checking tu kan kena amik gambar & imbas dua jari telunjuk kan, tuan tanah bagi senyuman paling manis sekali disaat ahjussi tu nak amik gambar. hehehe. Tu dia punya excited dah jejak South Korea. Lepas  tu baru boleh ambil luggage. Terkial kial  jugak la nak pakai kasut. Maklumla dari KLIA pakai selipar jepun ja.

Semua blog yang tuan tanah baca benda yang wajib kita beli ialah susu pisang kad T-Money kan? Jumpala convenient shop kat dalam airport tu dan percubaan pertama berkomunikasi pun bermula. Disini tuan tanah boleh simpulkan, baik Vietnam atau Korea. Tak perlu beriya iya nak guna english dengan grammar ke susunan ayat yang betul. Janji message itu sampai, cukup bersyukur. Jadi bila tuan tanah mintak T Money kat cashier tu sambil buat isyarat 2 jari menandakan tuan tanah nak 2 keping. Ok, dia faham. Arahan kedua, "top up each card with krw30,000 please" Sumpah tak terfikir yang cashier tu akan bagi 2 lolipop sambil berkata "this free". Masa tu terus jadi kalut. Mengapakah? Bagaimanakah? Masa nilah menggunakan bahasa belasah apa saja janji message itu sampai. Bila difikirkan memang lawak.


Tuan tanah decide untuk ke Pulau Jeju dihari pertama sampai ke South Korea since tak perlu patah balik dari Seoul ke airport banyak kali. Dari Incheon kami naik subway ke Gimpo International Airport menggunakan Airport Railroad. Perjalanan lebih kurang 35minit dengan harga krw3,550. Nasib baik dari Incheon Airport tu takla ramai orang naik subway so takde masalahla dengan seret luggage yang gedabak tu. Oh ya, kami dah beli ticket ke Jeju siap siap menggunakan Air Busan dengan harga lebih kurang RM260 return ticket untuk setiap seorang. Easy breezy. Takda masalah upon booking. Very user friendly. Paling penting harus ambil gap panjang sikit sekurangnya 4-5 jam. Manala tau flight delay ke, sesat jalan ke macam kami yang first timer ni. 

Oleh kerana Air Busan hanya beri 15kg bag allowance, kami kena tinggalkan luggage kami kat Bag Storage service yang ada di Gimpo Airport. Terletak di tingkat 1 bahagian domestic terminal. Tapi harus take note tempat ni bukan 24 jam. Mereka buka dari jam 7.30 pagi hingga 9.30 malam. Harga ikut size beg dan berapa lama. Agak mahal juga. Nanti baru cerita harga ye. hehehe 

Air Busan ada sediakan kiosk untuk self check in tapi sedih sikit guna bahasa korea je. So adala officer sana yang bantu tolong check in kan kami. Paling pelik tiket kami jam 11am tau. Boarding jam 10.55am ye. Tapayah nak kena ada 2 jam sebelum la, 45minit sebelum la. Takde hal. Mungkin cekap kot staff dorang, tak perlu consume masa lama lama untuk boardingkan passengers. So merasala kami Lotteria. haha JATUH CINTA! Shrimp burger itu sangatlah sedap. Taktau pasaipa sedap sangat. krw5,300 dapat beger, fries dan carbonated drink. sila jangan convert. haha. 



Flight dia lebih kurang macam Air Asia kita. Cuma dia beri 15kg free bag allowance, dapat free refreshment & ada in flight game dengan flight attendants. Tapi of course dalam bahasa mereka lah. Masa tengah main game tu rasanya diorang main lucky draw kot sebab semua duk belek boarding pass masing masing. Tapi kami tapaham kan? Terpinga pinga je lah hehe. Satu lagi kelebihan Air Busan ni, seat belt dia panjang uols. Kalau AA, tuan tanah kena mintak extension sebab ketat sangat. Yang ni surprisingly muat. Hehe 

Lebih kurang jam 12 tengah hari sampai Jeju International Airport  terus disambut mesra oleh Mr Cheon, taxi tour yang kami dah booking. Sebenarnya kami booking orang lain, oleh kerana orang tu tak available jadi dia suggestla Mr Cheon ni. Alhamdulillah very friendly dan pemurah pulak tu.


Setelah masuk ke kereta, Mr Cheon tolong susunkan tempat tempat yang kami nak pergi mengikut giliran untuk menjimatkan masa yang ada maklumla dah mula tour dari tengah hari. Jadi lokasi kami yang pertama ialah Hyeopjae Beach.

"Hyeopjae Beach (협재해수욕장) is located on the west side of Hanrim-eup, and is part of Hanrim Park. The beautiful white color of the sand comes from the large amounts of crushed seashells that have been mixed in with the sand. The long seashore stretches for 9 km and has cobalt colored seawater and evergreen forests scattered around the vicinity, making the scenery very beautiful. Just off the beach is Biyangdo Island. The white sandy beach is about 20 meters long, and the water is 1.2 meters deep with no sudden drops."


Suhu masa tu lebih kurang 8c bersama dengan tiupan angin yang agak kuat. Mula mula excited. Rasa seronok. Tapi bila dah mula kejung jari, bibir dah rasa macam pijar kena cili api, ini sudah tak kelakar. Masa tu barula terkial kial pakai glove. Tapi payahnya pakai glove, tak praktikal kalau pakai touch screen phone. Duk bukak banyak kali asal nak guna phone. 


First time tengok laut secantik ini. Indah sungguh. Dalam keadaan sejuk tu, Mr Cheon memang tak berhenti henti nak ambilkan gambar kami. Kami yang jadi segan. Yela uols, berapa gedik kita boleh posing kalau orang luar ambilkan gambar? Malu kot! hehe.


Lokasi kedua kami pergi ialah Glass Castle. Admission fee krw9,000 sorang

Jeju Glass Castle is a glass art theme park featuring an exhibition hall, garden and models all made entirely out of glass. There are six themed model parks, in which over two hundred and fifty models are exhibited.


Ha tu la Mr Cheon. Umur dah 65 tahun. Tetap steady! Dia akan ikut kami sampai ke dalam, dan akan ambilkan gambar kami dua orang 4-5 kali pastu dia akan tinggalkan kami untuk jalan jalan. Dah sudah nanti dia minta datang ke parking kereta semula. 


Dah nama pun Glass Castle, semuanya diperbuat dari kaca. Termasuklah cermin ni. Biasalah perempuan. Pantang nampak cermin. Nak betulkan tudunglah, tengok gigi lah, belek muka lah dan paling penting selfie depan cermin macam ni. Over? Memang kami syok sendiri je dalam trip ni. hehehe.



Basically semua yang diperbuat kat sini nampak real. Tak sangka diperbuat dari kaca. Bila tengok dari jarak dekat baru confirm buatan kaca.


Even see through bridge ni. Kukuh untuk kenderaan berat macam tuan tanah dan mimi. hihi. 




Kalau percaya dah kira syirik. Tapi sajala suka suka baling syiling. Siap baling syiling Malaysia lagi. Tuan tanah dapat masukkan syiling dalam mangkuk paling kiri iaitu Love. Kotla tahun ni jumpa jodoh. Amin!! Mimi punya syiling terpelanting dalam kolam. Jadi kami buat lawak kata dia akan suwey sepanjang tahun. Jangan percaya pulak tau. 


Seterusnya kami singgah ke Osulloc. Ladang teh yang besar dan mempunyai muzium teh diseberang jalan ladang ini. Kami tak masuk pun muzium dia. Singgah ambil gambar dan petik petik sikit daun teh. Pernahlah tengok dalam Family Outing dulu. Daun teh yang muda adalah daun teh yang terbaik untuk buat teh. 

The “o” in “o’sulloc”, means to appreciate and enjoy, and it also stands for the origin of sulloc, only sulloc, and of sulloc tea. 


Masa ni memang teringat Family Outing takpun Running Man. Diorangkan pernah datang ladang teh untuk shooting. Masa ni, takda pulak pekerja tengah petik daun teh. So ambil gambar sekeping dua lepas tu terus naik taxi balik.


Jangan tak tahu, nampak je semua gambar ni kami tersenyum riang. Tapi yang benar, asal masuk dalam taxi je kami berdua tidur. Even kalau perjalanan tu ambil masa 15 minit. Kami tetap tidur. Kepenatan mungkin. Dalam flight tak tidur langsung semalam. Mungkin excited lebih sampai tak tidur.


Oklah, cukuplah. Rasa macam dah panjang sangat entry ni. Nanti tuan tanah sambung lagi ye. Tata!


Monday, March 31, 2014

Hey Ho Lets Go!

Pernah tak korang rasa dah bosan dengan kerja yang anda buat sekarang? Pernah tak rasa tak dihargai? Rasa annoying tengok orang orang tertentu? Atau pernah tak rasa tak bermaya langsung untuk buat kerja anda? 

Tuan tanah tengah rasa semua sekali. Dan sekali lagi jobstreet menjadi teman baik. Perubahan itu perlu kalau hati dah melayang layang entah ke mana. Semoga semua urusan kita dipermudahkan. 


"Don't be afraid of change, you might loose something good but you'll gain something better", Unkown

Sunday, March 30, 2014

GoldenPond Guesthouse @ Hyehwa

Dimulakan dengan entry yang mudah dulu ya kawan kawan. Maklumlah, baru nak warming up balik dunia blogging ni. Tuan tanah & rakan baik dah menjejakkan kaki ke bumi Seoul & Jeju pada 6hb Mac hingga 14hb Mac yang lalu. Ni review tentang guesthouse sepanjang kami berada di Seoul. 


Terletak lebih kurang 250m dengan Hyehwa Station, Line #4 & Exit #4. Dan juga terletak lebih kurang 100m dari Airport bus stop nama Sung Kyun Kwan University (Bus No. 6011).  Kami duduk dibilik no 203. 2 single bed dan terletak ditingkat 1dibangunan sebelah daripada main building (receptionist) Bear in mind, namapun guesthouse. Takla besar mana. Tapi memadailah untuk kami tidur selama 7 malam. Oh ya, satu malam harga bilik double/2 single bed ialah KRW60,000. Mahal? Lagi mahal kalau duduk hotel disini ya. Mak tak mampu nok. Mak rakyat marhaen ja :B So mari checking check it out!


Ni pintu bilik kami. Nampak tak 2 luggage kami? Kalau perasan belakang beg hitam itu ada la almari kecik untuk letak kasut ke, letak barang barang sikit. Motif kenapa beg kat situ? Jom tengok gambar bawah.


Tadaaa! terus jumpa washing machine uols. Atas washing machine ada dapur 2 tungku. Hebat? Hehe. Sebelah dapur tu ada singki lengkap dengan tray untuk letak pinggan mangkuk cawan yang basah. Nampak beg galas dan plastik tu? Kenapa kat situ? Sila refer dibawah juga :)


haa dah terus jumpa katil wey! hahaha. comel kan bilik kami? Tapi cukup la space kalau nak makan bersila untuk dua orang. Muatla untuk solat. Tak perlu sampai solat atas katil. 


So ni belah kiri punya side. Kat kaki katil belah kiri ada la tv. Kalau korang nak tau, asal duduk bilik je kami suka bukak channel SBS funE. Sokmo pasang runningman yang lama lama. Even takda subtitle. Tapi macam dah paham dah apa depa cakap. Ok berbalik kepada cerita guesthouse. Macam korang nampakla, belakang tv tu ada peti ais. Bagus kan?


Ingat tak beg ni? hahaha ye, sebelah peti ais ada satu cermin & meja solek. Dan pintu itu adalah pintu toilet bilik ni. Microwave pun ada dalam bilik ni. So hebat kan? Dengan KRW60,000 semalam anda dapat semua sekali. Korang boleh pinjam sudu garfu, pisau, pinggan, mangkuk, senduk dari owner guesthouse ni. Tu pun kalau korang yakin lah. Bilik air takla kecik sangat sampai kena masuk menyenget ke mengiring ke. Toilet dia takde paip. Tapi ada singki & shower hose yang panjang. Ha faham faham je la ye.

Kebaikan
  1. 250m dari Hyehwa Station exit #4. (kalau tanak naik tangga, amik exit #1 boleh naik escalator. tapi kena melintas jalan) 250m tu tak terasa langsung sebab banyak kedai kedai cosmetics, kedai kasut, kedai baju yang macam anda boleh jumpa kat Myeondong area. Sungguh asyik 
  2. Dekat dengan convenient shop CU apatah nama. Mudah nak beli nasi dan jajan. 
  3. Awak dapat washing machine, dapur, singki, peti ais, tv, microwave, hair dryer dalam bilik awak.
  4. Towel upon request. Sila request for bath towel. Kalau tak, diorang beri face towel je uols. Lap rambut je towel tu dah basah kuyup hihi
  5. Tiada bukit langsung. Percayala. The main reason kenapa tuan tanah dan kawan pilih tempat ni sebab ni la. Memang takde experience bukit langsung. Hebatkan? Takla lomah lutut. 
  6. Suasana happening. Oleh kerana dekat dengan beberapa university, so sini ramai muda mudi lalu dan melepak. Jadi memang rasa selamat sangat. 
  7. Ada cafe benne, toms toms coffee, starbucks, mcdonalds, crazy tteokbokki, daiso, dunkin donuts, new balance, face shop, tony moly, nature republic, baskin robbins dan banyak lagi la. Percayalah, its happening.
  8. Setiap ahad ada filipino market. So dapatla tengok orang orang yang warna kulit lebih kurang kita, hahaha over!
  9. WIFI dia memang tiptop! tak tipu bakhangggg.
  10. Owner dan anak anak memang friendly. Apa saja soalan kemusykilan, dia boleh bantu untuk cuba menyelesaikan masalah tu. 
Yang So-So
  1. Reception bukak dari jam 10am - 11pm. Unless korang tau password pintu, korang memang takkan boleh masuk main building. 
  2. Takdak loceng. So kalau receptionist takdak, memang takdakla respon dari dorang selepas jam 11pm. haha ini lawak sebab kitorang check in after 11pm. Nasib ada sorang lelaki jepun baik hati tekankan password. Rupanya receptionist tengah makan kat dapur.
  3. Ada washing machine kan? Dryer ada disediakan di main building. Tapi kena bayar KRW2,000 untuk sekali guna. Tak bestnya, korang kena make time la antara jam 10am - 11pm untuk pergi keringkan baju dalam 1 jam setengah. Kami pergi jalan-jalan sementara tunggu baju kering.
  4. Bila waktu check out macam kami, 7.30am taxi dah datang. Kunci ke, utensils ke semua tinggalkan je dalam bilik. Sebab receptionist tak bukak lagi! hahaha
  5. Takdak lift. Ada 3 tingkat rasanya. 
So kepada yang tak fancy sangat dengan bilik kecik, dan dikawasan yang tak berapa top, silalah ke sini. Macam kami dulu memang dah request dalam email nak tingkat 1 sahaja. (dasar malas naik tangga). Ni info pasal mereka.

FB: https://www.facebook.com/goldenpondhostel
Website: http://www.goldenpond.co.kr/
Person In Charge: Mi-Jung Song


UPDATED AS AT JANUARY 2016 

Diorang dah pindah ke kawasan sekitar tu juga. Dan dah takde different building. Semua under one roof. 2 tingkat. Ensuite toilet. Takde TV dalam bilik. Share kitchen. Pilih bilik 102 untuk easy access. Kitorang duduk bilik 102 untuk trip January 2016. Bayar untuk 2 orang tapi diberi bilik yang ada 2 katil double decker. 

Saturday, March 29, 2014

Bila Rindukan Seoul...

Sumpah lepas 2 minggu balik bercuti, hati dan fikiran masih di sana. Rindu makanan, rindu guesthouse, rindu subway, rindu cuaca dan paling penting rindu suasana kat sana. Mudah & teratur. Sungguh jatuh cinta. Hari hari belek gambar-gambar. Tak pernahlah rasa macam ni. Tapi tula, bukan banyak sangat pun negara yang tuan tanah dah pergi. Tapi kali ni betul betul jatuh sayang giteww. hohoho.

Kalau sesiapa dah biasa atau pernah pergi mesti tau benda ni kan? Punyalah rasa gembira bila jumpa ni kat Aeon Bukit Raja tadi. Tak pasti sama ada diorang akan jual selamanya ke atau during promo ni je. Lupa nak tanya tadi sebab excited sangat. 


Macam Pepero tu kan boleh dapat juga macam kat Langkawi, tapi takkan la tuan tanah nak beli tiket katebang semata nak makan pepero dengan harga RM17.90 kan? So hari ni tuan tanah dah beli dengan harga RM19.90 sekotak. Okla kan? Dari uols suruh tuan tanah pergi beli kat Seoul. Memang makan hati la macam tu. hihi. Kalau Milkis tu pulak dulu sempat la merasa dua kali sepanjang kat Seoul. Dia carbonated yogurt based drink. Sedap sungguh. Kalau 500ml harga dia RM3.50 tapi kalau 1.5liter RM7.90. Haruslah tuan tanah beli botol besar terus. 


Kebanyakan bloggers atau travellers yang pergi sana, mesti cuba susu pisang ni kan? Some say sedap gila sampai menusuk jantung dan terus tembus ke ruang angkasa cakerawala. Tu dia nak cerita punya sedap. Travelmate tuan tanah gemar sungguh. Tapi ni tak berapa ngamho dengan tuan tanah. Mungkin sebab Milkis tu dah menembus setiap ruang dalam hati. Tak lupa juga air kosong yang selalu diberi dikedai makan kat sana secara percuma. Lain macam nyamannya air dia. haha. Over sungguh penangan Seoul ni. 

Oh lupa, ada banyak lagi produk dari Korea yang tengah dipromosikan di Aeon Bukit Raja. Sampai chilis paste dan soybean paste pun ada. Kalau ada sesiapa nak mintak belikan boleh juga. Office tuan tanah dengan Aeon ni hanya sepelaung ja. Dont worry. I'm happy to help :) 

Selamat berhujung minggu semua.





Friday, March 28, 2014

Perbelanjaan di Jeju & Seoul

ok tuan tanah cuba ye. jangan terkejut. ni first time pergi negara yang ada banyak musim. Tuan tanah ke Incheon dari KLIA pada 5th March 2014 jam 11.35pm dan pulang ke Malaysia pada 14th March 2014 jam 11am (waktu Korea).

Berikut adalah expenses sepanjang berada di Jeju & Seoul untuk 2 orang.

MAS tix to Incheon  = RM2,674.00
Air Busan tix to Jeju = RM609.00
Taxi tour di Jeju untuk 2 hari = KRW270,000 @ RM855.90
T Money = KRW60,000 @ RM190
Entrance Fee (Jeju + Seoul) = KRW80,000 @ RM253.60
Nami Island trip (shuttle bus + ferry) = KRW42,000 @ RM133.14
Makan untuk 9 hari = KRW400,000 @ RM1268.00
Taxi = KRW160,000 @ RM507.20
Egg wifi = KRW60,0000 @ RM190.20
Guesthouse at Seoul (7days x krw60k) = KRW480,000 @ RM1521.60
Hotel at Jeju (1day) = RM169.00

Total = RM8,371.64 for 2 pax

***Kadar Tukaran masa tu KRW1000 = RM3.17***


Tapi nampak banyakkan? Tapi ada yang dah dibayar dulu sebelum sampai. Macam hotel, ticket flight ke Incheon & Jeju. Macam makan tu memang round up tu. Macam T Money tu isi berlebih lebih sampai siap guna untuk beli jajan kat convenient shop dorang. Lagi satu Taxi tu. Dari Gimpo Airport ke Guesthouse dalam KRW23,000 dan dari guesthouse ke Incheon Aiport KRW70,000. Selebihnya buat jalan2 kat sana. sebab bukan semua tempat boleh naik subway je. sebab jauh sgt nak jalan kaki dari subway. hehehe. Jangan risau. Insya Allah ok. Bagi tuan tanah, walaupun gaji tak banyak, Alhamdulillah dengan usaha gigih. dapat tuan tanah melangkah setapak lagi. At least dapat tengok negara orang. Jadi anda juga boleh! lefyewwww 




Thursday, March 27, 2014

MH370 KUL - BEIJING

Secara jujurnya, tuan tanah tak pandai nak komen topik ni. Peristiwa kehilangan MH370 terjadi semasa tuan tanah masih kat Seoul. Of course la tahu pasal ni dari media sosial. Apa je yang takde kat dalam media sosial kita zaman masa kini? Benda pertama dalam fikiran masa tu apa la datin kat rumah fikirkan. sah sah dia kalut sebab anak dia kat Seoul kan. Lagi lagi pergi balik naik katebang MAS. 
Ok berbalik pada topik itu. Banyak sungguh spekulasi kat media sosial. Mujur datin baca surat khabar dan tengok berita kat tv je. Cukuplah bagi tuan tanah. Takmau datin risau risau. Kot la lepas ni dia halang tuan tanah naik katebang lagi mcm mana? tak ke haru? Dalam kepala otak tuan tanah punyala banyak plan vacay. *hiks*

So pada 24 March, PM kita bukan press conference. Masa tu duk sibuk tengok Running Man ep 190. Gelak gelak macam nobody business kat dalam bilik sambil pakai foot mask peeling yang dibeli kat Seoul (saja promo hehehe) Alih alih tertengok whatsapp. Ada kawan copy paste statement yang disampaikan oleh PM kita. Speechless. Bulu roma kat tangan ni semua berdiri tegak. Pastu teriak. Sungguh. Even tak kenal. Sedih sangat. Teringat kat arwah abah. At least tuan tanah dapat peluk usap abah sebelum dikebumikan. Yang ni? Apa pun takda. Sebak sungguh tengok waris waris penumpang berpelukan, menangis dan ada juga yang sampai pengsan. Berat sungguh dugaan Allah turunkan kepada kita. Terutama kepada keluarga keluarga mangsa. 

Tak habis kat situ je. Timbul spekulasi yang seakan akan nak memecah belahkan kita. Sesama manusia secara amnya. Harap harap tiada apa yang serius lagi terjadi. Jangan keruhkan lagi keadaan yang memang sedia keruh. Jangan suka suka publish itu ini, jangan suka RT benda tak sahih. Jangan jadi batu api. Bacalah. Fahamkan sendiri. Tak perlu share kat facebook anda. Orang lain boleh google sendiri. Tuan tanah tengok sekarang memang macam trend orang berlumba lumba nak post pasal ni kat fb ke twitter ke. Budget up to date? Budget hebat? Jangan ye kawan kawan. Tak semestinya kita tak komen pasal ni, maknanya kita ni katak bawah tempurung atau tak sayangkan negara. Sebab sayanglah tuan tanah putuskan tak mahu jadi macam tu. Dan harap harap kerajaan kita akan ikhlas dan tabah menangani masalah ni. Kita doakan mereka agar menjadi pemimpin yang jujur & amanah. Doakan saja. Larat ke nanti nak merangkak cari diorang balik masa dialam sana nanti untuk minta maaf? 

Oleh itu Ya Allah, aku bermohon kepadaMu, Kau ampunkanlah dosa dosa mereka. Kau berilah mereka ketengangan disampingMu Ya Allah. Ya Allah Ya Rahim, jauhkanlah mereka dari azab api neraka & Kau tempatkanlah mereka ke dalam syurgaMu Ya Allah. Amin. Al-Fatihah.

Tuesday, March 11, 2014

Tulisan ini dari Seoul, Korea

Alhamdulillah berjaya menjejakkan kaki ke bumi Seoul pada 6hb March 2014 yang lalu.
Nantilah akan cuba buat entry satu persatu. Tapi tuan tanah tak sehebat mana mana blogger tegar yang buat travelog. Tapi insya Allah tuan tanah cuba.

Nah untuk tatapan peminat tuan tanah.

Monday, February 17, 2014

65 tahun

Akhirnya ucu tewas.
Allah lebih sayangkan ucu.
Pada 15 Februari 2014 jam 7.05 malam, ucu menghembuskan nafas terakhir. Sewaktu itu arwah dikelilingi dengan anak, cucuk dan sedara mara yang kebetulan datang melawat.
Tapi kasihan Boy.
Dia tak berada disisi arwah ucu masa itu.
Mungkin Allah takdirkan begitu. Tak mahu Boy menanggung beban itu. Sewaktu nazak, Amy call Boy suruh datang cepat. Tanpa beritahu apa situasi sebenar.
Aku? Datang setelah ucu meninggal dunia. Aku lihat Boy menangis. Mata merah. Pipi penuh air mata. Aku nak menangis. Tapi aku kena tabah. Hari ini hari dia. Aku kena kuat untuk Boy. Lagi sedih bila 7 tahun yang lalu tarikh 15 Feb juga tarikh bapa Boy meninggal dunia.
Subhanallah
Takdir Allah
Kuasa Allah
Damailah arwah ucu disana. Tolong tengok tengokkan Abah ya.
Tak apa. Ela tak marah. Ucu rehat ye. Ela jaga Boy. Jangan risau.

Friday, February 14, 2014

Penyambung

Bila tengok balik hp, fb mahupun ig,
Banyak sungguh gambar Abah.
Bila rindu, boleh tengok.
Boleh tenung.

Jadi lepas ni aku takkan lupa.
Takkan lupa amik gambar Mak.
Kalau ada jodoh dan rezeki.
Nanti ada anak, aku nak tunjuk.
Macam mana rupa atok nenek dia.

Sebab sebenarnya aku yang takut.
Manala tahu aku hilang ingatan.
Sekurangnya aku ada simpan gambar.

Friday, February 07, 2014

Serabut

Ada macam macam dalam kepala ni.
Nak cerita pasal kenapa dia selalu kategori kasta rendah?
Nak cerita pasal rindu tahap langit ke tujuh kat Abah

Dan yang paling utama 
Nak cerita pasal kakak abah.
Sakit. Doktor dah suruh semua bersedia.
Dugaan apakah ini Ya Allah?
Arwah abah baru je 2 minggu.
Pedih hati ni belum baik lagi.
Sesak dada ni belum turun lagi.
Diuji lagi.  
Kasihanilah kami Ya Allah. 
Berikanlah kami kekuatan Ya Allah.
Permudahkanlah segala urusan kami Ya Allah.

Ucu anak dia sorang. Anak tiri ramai.
Anak dia yang sorang tu, adik saudara kesayangan aku.
Baik budaknya. Boleh diharap. Sopan dengan orang tua.
Dia dah kehilangan bapa waktu umur dia 15 tahun.
Apa perasaan dia masa tu? 
Kalau nak bandingkan dengan aku sekarang?
Aku kasihankan dia. Sebab aku bandingkan nasib aku dengan dia.
Aku rasa aku sepuluh kali lagi beruntung dari dia.
Ampunkan aku Ya Allah. Tak bersyukur rupanya aku ni.
Kasihanilah adik aku Ya Allah.
Ujilah dia setakat yang dia mampu. 
Tangisan dia tu buat aku rasa nak jerit. nak pekik. 
Nak jerit mintak tolong. Tapi tak tahu pada sapa.

"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin."

(YaAllah Permudahkanlah Jangan Dipersulitankan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan)


Wednesday, January 29, 2014

~22.03.1956 - 22.01.2014~

22.01.2014
Lebih kurang jam 11 malam,
Abah rebah disisi aku.
Di dalam kereta. Ya di dalam kereta.
Doktor sahkan Abah telah meninggal dunia.
Meninggalkan mak,
Meninggalkan anak & menantu,
Meninggalkan semua yang ada didunia ini.
Hati aku rasa pedih. Sesak nafas.
Tangan aku sejuk menggeletar.
Aku menangis semahunya.
Entah berapa banyak bahu aku pinjam.
Mengenangkan Mak, mengenangkan abang.
Yang paling banyak, mengenangkan abah.
Penat agaknya. Biarkan Abah berehat.
Kami redha. Walaupun sedih. Walaupun perit.
Insya Allah, Abah akan lebih tenang,
Tenang disisi Allah swt. Penciptanya.
Hanya doa yang mampu aku kirimkan.
Untuk Abah yang aku kasihi.
Hari ini genap 7 hari.
Masih lagi terngiang ngiang 3 malam terakhir.
3 malam terakhir aku bersama Abah.
Wahai Abah sayang, tenanglah Abah di sana,
Nantikan kami. Satu hari kita pasti akan bersama semula.
Al-Fatihah


Tuesday, January 21, 2014

Yang Paling Dalam

Pesakit dan penjaga
Sama sama sakit.
Semoga mereka semua tabah.
Semoga abah juga tabah.
Semoga mak di rumah juga tabah.
Dan moga hati aku juga tabah.

Subhanallah.

Saturday, January 18, 2014

Pertama untuk 2014

Abah tuan tanah admitted kat ward medical Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (HTAR). Hari ni dah hari ke 2. Setelah beberapa cubaan mengajak dengan cara lembut, sopan, garang, paksa akhirnya dia sendiri mahu diperiksa.

Secara jujurnya kami sekeluarga dah immune dengan suasana sini. Ramai. Padat. Sibuk. Bising. Kamu takkan dapat layanan tiptop kat sini. Tapi insya Allah dengan sedikit effort dari pihak keluarga, nurse dan doktor semua confirm pesakit akan dapat treatment yang terbaik.

Tapi kat sini tuan tanah belajar kehidupan. Orang kaya orang miskin semua ada kat sini. Sini orang hidup bermasyarakat. Tolong menolong. Tak kisahla kita ni kaum apa. Bangsa apa. Orang Malaysia ke bukan ke. Ada sebenarnya nilai nilai murni dalam hati semorang. Cuma kurang dipratikkan.

Dalam lubuk hati tuan tanah yang paling dalam, tuan tanah sebak sebab dalam umur lewat 20an ni tuan tanah masih tak mampu nak berikan hospitaliti yang baik untuk mak abah. Mereka dah masuk angka 60. Bila sebenarnya tuan tanah dapat beri kesenangan pada mereka. Tapi takpala. Takda wang ringgit. Tenaga kudrat ada lagi. Insya Allah selagi ada nyawa. Selagi ada kudrat. Tuan tanah akan terua berbakti pada mak dan abah. Merekala dunia, mereka jugala angkasa tuan tanah.

Thursday, January 16, 2014

Cuba Bayangkan

Hai. Bersiaran dari kantor. Waktu hampir menujukkan ke jam 1, lunch hour hampir tiba. Tuan tanah dah curi tulang sebentar. Maafkan saya bapak, daddy, colleagues semua. Saya sedang curi tulang.

Pagi ni bagai ribut kat rumah.
Seperti biasa sarapan & makan tengah hari
Semua tuan tanah siapkan untuk isi rumah
Bila ada "extra" kerja dari rutin harian
Tuan tanah jadi marah. Berapi.
Penat jangan cakaplah.
Bayangkan dulu mak abah kita
Besarkan kita.
Makan minum, pakaian
Mainan jangan cakap.
Macam mana mereka susun jadual mereka?
Tuan tanah cemburu.

Tuesday, January 07, 2014

Duo Ribu Ompek Bolaih

Baru tuan tanah perasan, hanya ada 1 entry sahaja untuk tahun 2013. maafkan tuan tanah. banyak juga tempat tuan tanah pergi & explore. tapi takda satu pun (kecuali Hai Peng Kopitiam) tuan tanah publish kat sini. gila selfish. 

Jadi untuk projek projek 2014, tuan tanah lebih mendekatkan diri dengan Couchsurfing & Tripadvisor. Tak lupa juga pada laman sesawang seperti Agoda. Terima kasih juga pada bloggers yang memang sekarang hari hari tuan tanah duk belek. macam stalker pun ada. pergi la tengok Skampung atau WanderlustDJ dan banyak lagi. Mereka ni antara bloggers yang gigih buat travelogue untuk simpanan peribadi & untuk pedoman orang orang newbie macam tuan tanah.

So duo ribu ompek bolaih ni tuan tanah akan cuba menghapdet segala mak nenek ceruk rantau & jenis makanan yang tuan tanah makan. Dah tiba masanya membalas budi kepada encik google. 

To Projek 2014, i will see you soon :)

Xoxo,
MakHela 

Monday, June 17, 2013

Hai Peng Kopitiam

Salam 2013. Last entry was on Dec 31st. So kira valid lah kalau wish uols salam tahun baru kan? 

Last weekend berkesempatan ke Kuantan untuk masa yang agak singkat. Google punya goole ni antara yang famous di Kuantan. Hai Peng Kopitiam. Ye benar. Originally yang kat Kemaman tu. Kalau uols cari kat gps mmg agak payah sbb gps duk point Kemaman Kopitiam. Mungkin sbb kawan tuan tanah pakai gps cap papa go. bukan garmin. *bakar line*

Kalau cakap pasal kopitiam, org gila je order air sirap. sila la cuba kopi ais dia. meletop! terasa roasted coffee tau. bak kata sarip, otentik gila! 





Roti Kahwin. Uols boleh pilih nak roti biasa atau bun. roti dibakar dan disapu kaya bersama mentega. dedua tuan tanah order. tamak tak tamak? In my humble opinion, tuan tanah lebih prefer yang bun bakar. bayangkan mentega dicampur dengan kaya yang manis manis buah disapu kat roti yang lembut, gebu. ok sekarang tuan tanah terliur. 

Kalau roti biasa tu bukan tak sedap, tapi definitely kena makan panas2 sbb bila dah sejuk akan jadi liat sikit. tambahan pulak roti ni agak tebal & besar. jadi hilang feel tu.



Bila sebut Hai Peng Kopitiam, Nasi Lemak Kari Ayam adalah antara signature mereka. Nasi lemak tu biasa je, cuba try kari itu. huiyooo terangkat beb! dengan selamba je makan tapayah sambal. makan je dengan kari ayam. 


Aha! ni adalah menu paling mantap dalam abad ini. serius. bapak segala signature. tak tipu. cubalah weh. untuk tuan tanah upload entry ni pun dah meleleh air liur teringatkan kesedapan laksa dia. Bare in mind, laksa ni terasa ikannya, dicampur dengan daun pudina. Hadoi. memang tangkap leleh. Laksa ni didatangkan dengan spageti ye. bukan laksa beras tu. jadi tak muak pun. 



Nampak kopi dia? jealous? hehe. cubalah. tak banyak kedai makan yang tuan tanah akan recommend. tapi kopitiam ni memang layak di recommend kan. Btw, kopi dia ada juga didatangkan dalam bentuk 3 in 1. tapi tak jamin la sesedap / seotentik yang tuan tanah minum. .



3 happy ladies. Setelah berpusing pusing di bandar Kuantan. Akhirnya jumpa & dapat makan. Ternyata berbaloi. Pada yang belum cuba, highly recommended!

Hai Peng Kopitiam
Jalan Haji Abdul Aziz,
Kuantan, Pahang

Remark: Berdepan dengan AmBank & Public Bank, Jalan Haji Abdul Aziz & Bersebelah dengan Cafe Jelita yang menjual famous Satay  Zul. 

Selamat mencuba!

Monday, December 31, 2012

So long 2012

This is it. The last day of 2012 has come. Obviously its not the end of the world yet. But surely we had ups & downs through out the year. Alhamdulillah we keep holding on.

Personally my 2012 was rough, hard, and bitter. But yes i enjoyed the journey that have made me stronger & grateful. Trust me you will never know your capabilities until you got no choice other than being stronger.

To my beloved datin, abah, siblings & my dear friends. I love you. Thank you for the shoulders that you have lent for me to cry on. Thank you for being a good listener & never ever given up on me. I feel blessed & loved.

So hello 2013. Treat us nicely. Then i will buy you cookies :)

God bless.

Wednesday, December 12, 2012

Wednesday, November 21, 2012

Celaru

Ada banyak persoalan di dalam minda ni. Tak tahu nak mula dari mana. Tak pasti nak mula bagaimana. Lalu memilih untuk tidak bertanya. Penting ke persoalan dari seorang teman?

P/s: Semoga Allah merahmati semua umat Islam dimuka bumi ini. Ameen.

Tuesday, November 13, 2012

Keluh Kesah

Tak pernah satu hari pun tuan tanah tak bergaduh atau selisih faham dengan beliau.

Dan tak pernah satu hari pun tuan tanah tak ngadu atau ngeluh pasal beliau.

Dugaan maha hebat. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Saturday, October 20, 2012

Harap - harap

Terlalu banyak dugaan. Semoga datin dan abah cepat sembuh.
Sent via BlackBerry from Maxis

Thursday, August 16, 2012

Saya kecewa

Dah banyak kali tuan tanah cuba pujuk diri untuk bersabar. Demi mencari rezeki. Demi membina kerjaya. Demi mak abah. Demi untuk diri sendiri. Tapi rasanya kerjaya saya di sini dah sampai penghujungnya. Mungkin rezeki saya bukan di sini. Saya percaya, Allah takkan menduga tuan tanah lebih dari apa yang tuan tanah mampu.

Banyak sangat dugaan hidup tuan tanah hadapi tahun ni. Bukan nak merungut. Tapi ada kawan baik cakap, anggapla dugaan ni penghapus dosa dosa kita di masa silam. Sejuk hati dengar. Ada juga cakap, ada hikmah disebalik semua dugaan yang menimpa. Walau kadang kadang hampir tidak percaya, tuan tanah masih percaya pada qada' dan qadar. Insya Allah ada rezeki tuan tanah diluar sana. Insya Allah ada ganjaran yang Allah dah janjikan untuk tuan tanah. 

Tuan tanah redha. Walaupun keputusan agak kabur. Tapi mungkin ini yang terbaik. Terbaik untuk diri tuan tanah sendiri. Sedih. Cakap salah, tak cakap salah. Susah nak puaskan hati orang ni. Jadi biar tuan tanah beralah dan move on. I will let him win because all I can say now is AWAK TAK SIUMAN. 

Berhenti di sini. 

Wednesday, July 25, 2012

Raya oh Raya!

Salam Ramadhan buat semua. Hari ni dah hari ke 5 umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah puasa. Ok je kan? Ala bukan tak biasa. Tahniah kepada perokok tegar kerana berjaya menahan sampaila maghrib. I bet it is not easy at all kan? Tapi yes you've made it!!

Sebut pasal ramadhan, mesti ingat raya. Baju raya dah tempah uols? Ke belom pk pun? Kalau yang saiz badan comel comel macam nora danish tu takpala. Buleh la beli yang readymade ja. Kalau macam tuan tanah ni? Ha ada mmg ada. Mmg pernah jumpa saiz. Tapi corak? Mak oiii. Baik jadi lap kaki. Ok kongaja.

So family tuan tanah punya baju raya semua dah siap. Hihi. Tinggai nak pakai ja. Asalnya tema taun ni hitam. But after all things happened. Datin rasa tanakla hitam. Takut tak ceria katanya. Jadi bertukar! Ke maroon dan merah. Mampoo uols?? Ikutkan je lah.

Mak mak ni kan, kita tgh sibuk benda lain, dia tetap nak sibuk sibuk pasal baju raya semua. Ikotkan hati mmg rasa panaihhhh ja. Sebab bagi kami adik badik. Ada benda lain nak kena jaga selain daripada baju raya. We didn't even think about raya. Tapi yela, agaknya datin guna benda benda ni as her escapism. Alasan utk tidak memikirkan benda benda yang lebih memenatkan otak dia.

Biarkan. Tengokkan je. Stress? Tipula kalau kata tak. Stress tu lebih meningkat sejak dua menjak ni. Takpa. Pahala itu ada untuk tuan tanah nanti. Insya Allah. Allah itu maha adil. Dan maha mengetahui. Semoga Allah dengar doa tuan tanah dan makbulkan segala permintaan tuan tanah. Amin.

Selamat berpuasa :)

Sent via BlackBerry from Maxis

Friday, July 13, 2012

Day 5

Harini dah masuk hari kelima abah admitted kat wad ortho. Infections kat luka dikaki abah nampak macam makin teruk. Specialists cakap dah sampai ke tulang and we have been adviced to proceed with below knee amputation (BKA)

Bukan senang nak buat keputusan ni. Banyak perkara yang harus dipertimbangkan sebelum bersetukj melakukan BKA. Macam mana abah nanti? Emosi dia, fizikal dia. Macam mana pula dia dan mak nanti. Emosi kami sekeluarga pula macam mana? Macam mana kita nak teruskan kehidupan ni? Banyak sangat persoalan. Jujur aku takut. Takut abah tak kuat, takut kami pula tak ada kesabaran yang tinggi.

Bukan tidak mahu mencuba alternatif lain, tapi it will takes time. Kuman takkan berhenti. Dan apabila ia merebak ke dalam darah terus ke jantung, masa tu dah tak berbaloi. Jadi yes, abah setuju, kami juga setuju untuk abah buat BKA.

Tak pernah bayangkan perkara ni akan terjadi pada keluarga aku. Nangis? Meraung? Kalaula boleh lenyapkan atau kurangkan beban yang abah tanggung, setiap masa akan aku buat.

Jadi ketika entry ini dibuat abah sedang berpuasa sejak jam 12 tgh malam tadi sebagai persediaan menjalani pembedahan tersebut. Paling kami sebakkan bila malam tadi ketika mak dan aku nak balik, dia nangis suruh jangan tinggalkan dia. Ya Allah, sebak sungguh.

Untuk abah tersayang, untuk masa ni adik tak dapat beri abah harta kemewahan. Hanya doa, kudrat dan kasih sayang yang adik boleh berikan selagi hayat dikandung badan.

KepadaMu Ya Allah, aku bermohon kepadaMu, Kau ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku, Kau ringankanlah beban yang mereka tanggung selama ini dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani aku semasa kecik. Amin Ya Rabbal Alamin.

Monday, July 02, 2012

Night Shift @ HTAR

02:08am

Busy night. 2 patient duk ngerang sakit. Satu depan abah, satu belakang abah. Great.
Sent via BlackBerry from Maxis

Wednesday, June 27, 2012

Saya punya Abah

Selepas abah discharged dari wad 8A selasa lalu, tugas tuan tanah ialah membawa abah ke klinik setiao petang sebab abah tak berapa larat nak bawa kereta ke klinik kesihatan, pandamaran. Seperti biasa pulang je dari kerja pd jumaat petang, tuan tanah bawa ke klinik. Macam lambat je dia nak kuar umah. Lepas tu tuan tanah parking sebelah klinik.

Baru jala sikit abah duk suruh amik wheelchair. Katanya tak lalu. Lepas tolak dia masuk untunk jumpa doc, dia kena baring atas katil mcm biasa. Masa ni nafas dia mcm mengah. Kejap nak duduk, kejap nak baring. Serba tak kena sampai doktor tak jd cuci luka kat kaki terus check sugar level. 12. Tinggi. Tak terlalu tinggi. Tak rendah. Doktor cuba nak amik tekanan darah dan denyutan nadi abah. Sampai tukar mesin tu 4 kali. Masa tu abah nampak mengah, lemah dan macam hampir hampir nak tertidur gayanya. Doktor terus suruh tuan tanah bawa abah ke wad emergency. Oleh kerana tenaga kudrat yang ada sangat terhad, seorang lg doktor syorkan pihak klinik menelefon ambulance untuk bawa abah ke hospital. Masa tu rasa nak pecah dada ni. Mengharungi seorang diri. Nak menangis? Depan abah? takkan. Kalo kita tak kuat, macam mana abah yang lemah ni nak kuat.

Bila doktor dan pekerja sana dapat pegang abah kejap, tuan tanah call abang. Tahan air mata. Beritahu yang ambulance dah on the way amik abah. Masa tu duk kenang, kami sepatutnya nak g makan satu kuarga lepas abah cuci kaki. 5min lepas tu ambulance datang. Amy pun datang bersama kak yany dan mak. Nampak je mereka, air mata tuan tanah dah takleh bendung. Duk pk apa kena dengan abah, apa mak rasa, kenapa doktor kata "hes not looking good. Awak kena janji dgn saya yang awk kena bawa abah awak ke hospital"

Sampai je di emergency room abah dikejarkan ke zon merah. Zon kritikal. Kami satu kuarga tunggu. Hati? Bukan takat dup dap lagi. Dah macam baru lepas lari 40k meter kot. Datang org memanggil nama abah. Disuruh tuan tanah masuk. Nampak abah lemah. Wayar sana sini. Tepi leher abah dah kena tebuk untuk masukkan tiub. Abah pandang je kat tuan tanah tapi lemah. Doktor tanya tentang abah serba sedikit. Terus suruh tunggu diluar semula. 10min lepas tu nurse minta daftarkan wad abah. Sementara tuan tanah settle kan hal pendaftaran, doktor dah beritahu amy tentang keadaan abah. Katanya kandungan garam dalam badan abah sangat tinggi due to kidney failure dan heart problem. Tu sebab badan abah macam bengkak dan susah bernafas. Abah hanya ada peluang 50-50 je. Doc juga beri abah sedatif sebab duk cuba melawan masa treatment dibuat. Masa amy cakap ni. Ya Allah, hati ni hancur sangat. Menangis. Sedu sedan duk tengok mak dalam bilik menunggu. Mujur ada kawan kawan yang tak putus bagi kata kata semangat. Doktor juga datang inform dah boleh call saudara mara adik beradik abah, lagi la kami sekeluarga sedih. Dah takde rasa malu dah nak menangis d tengah orang ramai. Hati mana tak sebak bila doktor kata abah sendiri cuma ada peluang 50-50 chance je. Mak dah suruh call semua adik beradik abah. Sedu sedan call. Sedu sedan jugak call kawan kawan mengharapkan kata kata semangat.

Selepas beberapa jam doc panggil kata abah lebih stabil dari condition sebelum ni. Jadi abah akan dibawa naik ke wad. Alhamdulillah. Lega rasa dihati. Bila naik atas abah masih dalam keadaan mamai sikit. Dia kata dia nak buang air. Nak pergi toilet tapi nurse tak beri dia jejak lantai pun. Kami adik badik dibantu 2 org sepupu tolong papah abah sbb katanya susah nak buang air baring. Berat badan abah. Mmg lemah. Malam tu amy jaga. Tapi doktor wad tetap suruh kami sign borang mengatakan kami paham situasi abah yang critical dan bila bila masa je bole jadi pape. Sedih jangan cerita. Duk buat kuat demi mak. Walaupun setiap kali sebelum tidur nangis kenangkan abah. Tuan tanah hanya mahu yang terbaik untuk beliau. Mengharapkan abah akan melawan penyakit yang ada selagi terdaya. Tapi sayu duk tengok abah penuh dgn wayar. Lemah. Kesian abah. Tambahan pula doktor kata kuman dah merebak ke dalam darah abah. Jadi mereka tak tahu sejauh mana kuman dah masuk. Mereka hanya bole beri antibiotik sahaja kerana masalah buah pinggang abah.

Tapi alhamdulillah ketika entry ni dibuat abah tak perlu bantuan oksigen lagi. Kandungan sel darah merah juga mencukupi setelah 2 beg darah dimasukkan ke dalam badan, tiada lagi bantuan ubat untuk menaikkan tekanan darah abah yang rendah tu. yang tinggal hanya ubat melawaskan kencing untuk mengeluarkan air air yang berlebihan dalam badan abah. Syukur ke hadrat Allah swt. Doa tuan tanah dimakbulkan Allah. Mungkin Allah tengah menguji kami sekeluarga. Mungkin Allah sedang memberi tuan tanah peluang berbakti kepada ibu dan bapa tuan tanah. Alhamdulillah Ya Allah atas peluang yang diberikan. Insya Allah akan diguna sebaik mungkin.

Di sini juga ingin sekali tuan tanah berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan dan kesihatan abah tuan tanah, semua kata kata semangat, semua jasa baik anda semua yang telah melapangkan masa melawat abah dan sekaligus mententeramkan hati tuan tanah. Segala jasa baik anda semua tak dapat tuan tanah balas. Hanya kesetiaan dalam bersahabat saja yang boleh tuan tanah berikan. Sungguh ini antara episod paling sedih dalam hidup tuan tanah. Takut rasanya. Kehilangan orang yang tersayang. Duit boleh cari, tapi mak ayah ni ada satu je dalam dunia. Memang tak ada orang lain yang layak menggantikan tempat mereka. Berdoalah tuan tanah ke atas kesejahteraan ibu bapa tuan tanah, diberi kesihatan yang baik dan Allah ampunkan dosa kedua ibu bapa tuan tanah. Amin Ya Rabbal Aalamin.

Saturday, June 16, 2012

Maciam maciam

Baru 4 hari abah tuan tanah kat wad 8A, macam macam perangai orang ada. Serius tak tipu. Selalu abah masuk wad ortho je. Ni kena admit wad medic. Macam macam. Dari yang kejap kejap lupa, yang memang tak waras, yang meraung sakit sebab sapu minyak panas, yang duk kendong telepon umah kaler merah ke hulu ke hilir pun ada. Meh la datang lawat abah tuan tanah.

Tapi tu la. Kesian pun ada. Kalo nak banding dengan sakit abah tuan tanah dengan depa, syukur Ya Allah. Masih waras dan ada la sikit kudrat (yg kdg2 duk simpan). Pastu kan, ada yang tidur bunyi predator pun ada. Mampo?? Belom lagi yang anak pesakit ala ala kumpulan fourteen. Siap bawak clutch beg hermes. Haha! Sumpah lawak.

Lagi satu nak bitau. Cik gad. Slalu lebih sudu dari kuah. Over nak mamp. Halau sana. Pertikai sister pun ada. Duk halau orang kuar tapi kat pintu berduyun rombongan cik kiah yang diberi masuk oleh cikgad di bawah. Hihi. Comey ngatttt.

Jadi, meh la datang wey
Sent via BlackBerry from Maxis

Friday, June 15, 2012

Abah

Abah admitted lagi. Allah tak putus-putus menduga tuan tanah sekeluarga. Tuan tanah yakin Allah takkan duga kami kalau kami tak mampu. Jangan berhenti berdoa. Ingat pada yang Esa. Semoga abah cepat sembuh. Amin
Sent via BlackBerry from Maxis

Tuesday, May 29, 2012

Mayday mayday!

                                             Anxious gila :(

Monday, May 28, 2012

Calonnya mana?

Weekend haritu tuan tanah telah menghadiri kursus pra perkahwinan anjuran Bahagian Undang Undang, Jabatan Agama Islam Selangor di Bangunan Sultan Idris Shah. Pada yang nak tanya "eh dah nak kawin? eh dah ada bau bau nasi minyak?" Tuan tanah mampu amin kan je doa doa uols. Sebenarnya pun ter-join kawan pergi. Jumaat malam tu nak tidur dada ni dup dap dup dap dok memikiorkan apala akan jadi masa kursus ni.

So Sabtu telah muncul memang rasa nak balik ja. Resah! Tapi sangkaanku meleset. Bagai nak rak ketawa dengan kekelakaran penceramah penceramah yang ada. Sungguhla kelakar. Tak sangka depa ni pelawak juga. 
                                    

Satu lagi nak puji tang makanan. Hoi maha sedap! Bayangkan tengah hari makan lauk masak lemak cili padi ikan masin + nenas. HOIHOI sedap HOI! 

Hari kedua juga sama. Cuma tuan tanah duk depan sekali hoi! Semua pun masih kelakar. Mula mula je introduction muka nak serious. Tuan tanah dah stenbai gula-gula, asam boi bagai takut takut bosan atau mengantuk. Naik sakit rahang ni duk gelak ja. Pandai depa panggil penceramah yang bertauliah dan menarik agar kami tak bosan. Ni kena beri pujian. 

                                      

                                          

Paling penting kat sini, tuan tanah bangga menghadiri kursus ni. Rupanya macam-macam yang tuan tanah rasa dah tau, rupanya salah. Jadi ada banyak benda tuan tanah baru tau, baru belajar dan insya Allah akan simpan dalam kepala hotak ni buat pedoman hidup. Walaupun depa duk wish Selamat Pengantin Baru kat semua, tuan tanah terima kasih je. Padahal calon pun belom ada. Sila carikan ye. 

So dengan rasminya, tuan tanah dah ada sijil Kursus Pra-Perkahwinan. Ia boleh digunapakai tanpa expiry date. Tinggal nak cari calon ja ni. Bolehla isi form ye kawan kawan. haha. 

                                        

Kepada sesiapa yang berminat, boleh layari laman web JAIS




Thursday, May 24, 2012

Help!


Currently unmotivated in work environment 


Caused me carelessness :(
I need help!

Aset

Menjadi milik saya bermula dari 21.05.12
Sent via BlackBerry from Maxis

Saturday, May 19, 2012

Terbodoh bodoh

Pernah tak korang tegur seseorang yang dah lama tak jumpa satgi dia buat bodoh dan ignore korang? Or pandang secara kerek macam nak tanya "eh lu sapa ni?"

Padahal korang pernah satu geng dengan dia masa zaman sekolah. Bila masa berlalu semua ambil jalan masing-masing tapi masih keep in touch dalam laman sosial muka buku.

Tiba-tiba hari ni tuan tanah terbodoh bodoh selepas mencuba menegur kawan yang dah lama tak jumpa. Sifat kereknya tu sampai sekarang tuan tanah tak tahu kenapa. Seakan tuan tanah ni jijik sangat dimata dia.

Kenapa eh? Sebab taraf hidup? Sebab level of education? Atau pape sebab lain. Beritahulah. Saya mungkin belajar sampai universiti, perangai lama masih ada tapi disuai padankan dengan zaman kini. Jadi salah ke untuk seseorang berusaha untuk jadi yang lebih baik?

Kecik hati saya hari ni
Sent via BlackBerry from Maxis

Friday, May 18, 2012

His 29th

Selamat Hari Jadi untuk satu satunya abang yang tuan tanah ada dan merangkap satu satunya adik beradik yang tuan tanah ada. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, menjadi anak dan suami yang soleh serta Allah merahmati kehidupan dia.

As much as ko selalu sakitkan hati aku, menyuruh itu ini, kekwat dan sentap semacam, aku tetap sayang ko selagi hayat dikandung badan.
Sent via BlackBerry from Maxis

Monday, May 14, 2012

Kalah Dengan Jiran

Kepada sesiapa peminat EPL. Ye tepat sekali Manchester City telah menang pada saat akhir menentang QPR. Dengan selambanya membunuh impian SETIAP penyokong tegar Manchester United. Rasa nak pecah dada ni bila melihat perlawanan antara MC dan QPR pada 5 minit masa kecederaan itu. Bermula dengan MC mendahului dan QPR mengejar dan mendahului MC walaupun hanya 10 pemain ketika itu. (thanks Barton!!!) Disaat perlawanan ini berlangsung, team kegemaran tuan tanah iaitu Manchester United juga berhadapan dengan Sunderland di stadium lawan. MU menang dengan jaringan oleh Rooney. Untuk 30minit terakhir MU sudah ada bau bau trofi dan dirampas dengan paling kejam disaat akhir oleh jiran. WATAFAK sungguh. But this is the beauty of football. Unpredictable. And I bet those who were not watching both or either game akan rasa termanggu manggu sampai la season EURO plak start. Sebab topic ini akan ke udara agak agak dalam seminggu dua? 

But as a kipas susah mati MU, Im proud of them. Chin up lads. We will do better next time. Haters are gonna hate. Let them be. Coz they are not even a MC's fans also. So dear neigbour, congratulations. After 44 years. You should be proud. We'll see in the next season. Definitely. Liverpool apa kabar eh? *tangan dibahu mata ke atas*

p/s: If your boyfriend is a Man Utd's fan, cheer him up. But if your boyfriend is Man City's fan, he is probably new to football ^o^

Sunday, May 13, 2012

Hari Ibu

Ada apa dengan Hari Ibu sampai satu keluarga bertikam lidah dan bermasam muka? Jawapannya ada dirumah saya. Haih.
Sent via BlackBerry from Maxis

Thursday, May 10, 2012

Bandung yaw!

Setelah 5 hari 4 malam di Bandung pada Mac lalu, banyak juga kain pasang & tudung yang tuan tanah beli. Nak gi factory outlet bukan tak best tapi TAKDE SIZE yela. Jadi balik je kotarayaku je, aku rasa "eiiii mahal nya. Sana murah je".

Perasaan ni telah membuat aku membuak buak mahu ke Bandung lagi. Akan tuan tanah borong selagi duit tak abes! Takat bawal kosong tu. Murah gila! Ok jom sapa nak join?
Sent via BlackBerry from Maxis

Friday, May 04, 2012

Sahabat

Sahabat itu pada mulanya ialah seseorang yang tidak kita kenali.

Bermula dengan mukadimah. Berbicara, bertukar pandangan dan idea, bergelak ketawa juga bersama.

Jika pandangan dan gaya hidup agak serasi, maka dari sahabat bertukar menjadi sahabat karib.

Walaupun jauh dimata tapi tetap dihati. Akan cuba sedaya upaya meluangkan masa untuk bertanya khabar.

Dan pertalian itu akan diuji apabila antara mereka dalam kesusahan mahupun kesenangan.

Di sini kita boleh lihat, seburuk buruk orang luar berkata tentang sahabat kita, sahabat itu tetap berada disisi/dihati walaupun dalam kejauhan.

Itu maknanya sahabat. Terima kasih wahai sahabat sahabatku yang sentiasa disampingku. Memberi sokongan, pandangan dan sudi menjadi tempat aku mengadu dan bersandar.

Jika satu hari terjadi sesuatu yang membuatku hilang pertimbangan, mohon jangan sisihkan aku. Pimpinlah aku, ajarla aku untuk sentiasa kedepan tanpa menoleh kebelakang.
Sent via BlackBerry from Maxis